Ciri-ciri & Tanda Anak Autisme
IBU BAPA PERLU PEKA ISYARAT AWAL AUTISME PADA ANAK-ANAK
Ramai ibu bapa diluar sana yang kurang mengetahui apakah sebenarnya autisme?macam mana simptom anak autisme ini? apakah penyebab autisme? cara mengubati penyakit autisme? Banyak lagi persoalan berkait dengan autisme ini. Kita sebagai ibu bapa kena peka dengan perkembangan anak-anak.
Jom kita lihat apa sebenarnya autisme ini.
APA ITU AUTISME?
Austime adalah sejenis gangguan psikiatri @ gangguan perkembangan melibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial, sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang.
Masalah ini berkisar tentang masalah pemahaman bahasa, interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami persekitaran.
Pengesanan awal boleh menyelamatkan keadaan dan membantu kanak-kanak ini sekurangnya menjaga diri sendiri. Biasanya anak ini menunjukkan simptom gangguan secara mental atau fizikal tanpa disedari.
Autisme dapat dikesan pada umur 12 bulan sehingga 3 tahun. Namun akibat dari kurang peka dan dikesan diperingkat awal, anak ini terus terperangkap dalam dunianya dan sukar menjalani kehidupan apabila besar nanti. Masalah anak autisme ini berbeza, ada yang kelihatan normal tetapi punyai autisme yang serius.
APAKAH SIMPTOM AUTISME?
Setiap kanak-kanak yang ada autisme mempunyai bentuk fikizal yang sama dengan kanak-kanak lain. Ini menyebabkan ia sukar dikesan melainkan ibu bapa yang peka dengan simptom yang ditunjukkan dengan konsisten oleh mereka. Setiap penghidap autisme mempunyai simptom yang berbeza. Ini antara simptomnya:

Anak autisme mengamuk tidk kira mana saja
APAKAH SIMPTOM AUTISME?
Setiap kanak-kanak yang ada autisme mempunyai bentuk fikizal yang sama dengan kanak-kanak lain. Ini menyebabkan ia sukar dikesan melainkan ibu bapa yang peka dengan simptom yang ditunjukkan dengan konsisten oleh mereka. Setiap penghidap autisme mempunyai simptom yang berbeza. Ini antara simptomnya:
- Tidak menunjukkan eye contact
- Tidak membalas senyuman
- Tantrum yang keterlaluan sehingga mencederakan diri seperti hantuk kepala di dinding.
- Tidak menunjukkan minat untuk bermain dengan kawan lain malah lebih selesa dengan diri sendiri.
- Sering menyebut satu perkataan dengan berulang-ulang. Malah suka melentikkan diri seolah-olah tidak mahu dipeluk.
- Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik seperti cahaya, bunyi dan pergerakkan.
- Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi terhadap sesuatu barang seperti permainan tertentu sahaja.
- Gemar mengibarkan tangan dan berpusing setempat malah kanak-kanak 18 bulan lebih suka mengguna isyarat dari menyebut perkataan.
APA TINDAKAN IBU BAPA APABILA MENGESAN ANAK MENGHIDAP AUTISME?
Sebagai ibu bapa kita perlu peka dengan perkembangan anak-anak kita. Perlu tengok setiap perkembangan mereka dari umur bayi lagi. Kita perlu mengesan tanda-tanda autisme ini dengan cara memerhati perkembangan kanak-kanak normal tetapi tidak sewenangnya melabelkan si manja dengan autisme dengan hanya dia menunjukkan tanda autistik.
Ibu bapa perlu membawa mereka berjumpa dengan pakar untuk periksa pendengaran sebab kadang-kadang kanak-kanak tidak oleh bertutur mungkin ada masalah itu. Setelah doktor pastikan anak tidak pekak kemudian doktor akan rujukkan pada pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatri untuk ujian lanjut sebelum dipastikan ianya autisme dan diberi rawatan sewajarnya.
Kena banyak sabat dalam mendidik dan mengajar anak autisme
BAGAIKAN MENJAGA DAN MENDIDIK ANAK AUTISME?
Kanak-kanak autisme memerlukan penjagaan perseorangan atau one-to-one care. Hal ini perlu dilaksanakan kerana penjagaan anak autisme ini perlu berterusan dan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan atau tidak merasakan kewujudan orang sekeliling.
Bagi mengasuh dan membimbing mereka, kita kena menggunakan bahan-bahan yang wujud atau yang nampak seperti gambar untuk memudahkan mereka faham apa benda itu dan keadaan itu. Ibu bapa juga perlu memberi kemahiran sosial kepada anak-anak ini seperti kemahiran berkumpulan, bercerita dan sebagainya.
Gejala autisme ini boleh diredakan dengan membuat jadual tetap, suasana tenang dan persekitaran yang selamat. Anak-anak autisme juga perlu diberi peluang untuk merasai apa jua yang ada dipersekitaran mereka.
Anak-anak autisme boleh diberi latihan untuk menguruskan diri sendiri bagi memudahkan mereka menjalani hidup ketika dewasa kelak. Ibu bapa yang memiliki anak ini tidak perlu berasa malu dengan adanya mereka kerana anak adaulah anugerah yang tidak ternilAi.
Ibu bapa seharusnya menghantar anak-anak ini ke sekolah khas bagi membantu mereka dalam komunikasi dan sosial serta mengurangkan tingkah laku tidak sesuai agar mereka mampu menguasai kemahiran hidup kelak.
Percayalah Autisme Ada Penawarnya.

Ulasan
Catat Ulasan