9 Makanan Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Bercakap mengenai kecantikkan kulit wajah, semua wanita dan juga lelaki mahukan kulit yg bersih, bebas jerawat, dan juga berseri/ glowing gituh.

Mahukan kulit yg cantik perlukan pemakanan yg sihat dan pastikan produk kecantikan yg korang guna tuh sesuai dengan kulit korang.

Disini sue nk kongsikan sedikit tips pemakanan yang molek diamalkan untuk kecantikkan kulit wajah.

MAKAN UNTUK KECANTIKAN KULIT WAJAH

1) Ikan Salmon
--> Ikan salmon ini bagus dalam melawan tekanan dan kemurungan diri. Ia membekalkan vitamin D yg boleh menjaga hati, tulang, usus dan otak. Ia juga kaya dengan asid lemak omega 3 yg baik dalam melawan keradangan dan kedutan disamping bantu melembapkan kulit.

2) Teh Hijau

--> Teh hijau ini terkenal dengan kayanya antioksidan. Ada satu bahan dalam teh hijau ini iaitu Catechins yg aktif apabila direndam dgn air panas. Ia berfungsi sebagai anti radang dan anti kanser. Teh hijau ini boleh membuatkan kita lebih rilex apabila menikmatinya. Disarankan minum secawan sehari.

3) Betik 


--> Ketahuikah korang betik mampu melangsingkan badan. Ia rendah kalori dan tiada kolestrol + ia mengenyangkan. Nutrien yg ada dalam betik ni, adalah vitamin c, vitamin E, dan beta karotena boleh kurangkan keradangan jerawat dan lindungi kulit dari sinat uv.

4) Lobak Merah / Karot


--> Ia terkenal dengan kayanya vitamin A iaitu vitamin untuk mata. Ia juga sesuai untuk kulit berjerawat. Mencegah kulit kusam dan kanser kulit.

5) Bayam


--> Bayam adalah sumber nutrien yg cukup banyak iaitu zat besi, folat, klorofil, vitamin E, Magnesium, vitamin A, protien,. Bayam juga mengandungi antioksidan yg mampu merawat masalah kulit.

6) Coklat Gelap


--> Coklat gelap kaya dgn antioksidan, asid lemak & flavonoid yg galakkan pertumbuhan kukit baru. Antioksidan sgt membantu kurangkan kekasaran kulit lindungi dari sinar uv. P/s : seeloknya makan coklat gelpa yg mentah @ coklat masakan. 

7) Lada Benggala


--> Lada benggala adalah feveret sue tau. Best tau makan lada nih. Ia mempunyai vitamin c, B6, dan serat. Ia mampun mengenyangkan kita. Terdapat karotenoid dalam dala ini yg membantu cegah kedutan dan tingkatkan peredaran darah ke kulit serta ajen melawan jerawat.

8) Kekacang


--> Ada beberapa jenis kekacang yg bagus untuk kulit. Antaranya adalah almond, pistachio, hazelnut dan walnut. Ia mengandukg i vitamin E yg mampu jaga kelembapan kukit, atasi kekeringan dan buat kulit lebih muda dan lembut.

9) Yogurt


--> Yogurt bermanfaat dalam merawat masalah kulit seperti jerawat. Ppilih yogurt yg low fat & sugar untuk hindari terjadi keradangan kulit. Ia merupakan antibiotik asli yg dapat membantu produksi bakteria baik dlm badan.

-----------------------------------

Habis sudah share tentang makan untuk kecantikan kulit wajah. Amalkan selalu pasti hasil memuaskan. untuk Lebih mudah korang boleh ambik supplement seperti vitamn c, vitamin e, protien dan lain-lain.

Untuk info supplement kecantikan kulit boleh klik disini 

Berminat untuk dapatkan supplement kecantikan boleh hubungi saya 

Suzana Idris
Pengedar Shaklee Padang Serai

Fb : Ciksue

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil