Bengkak Prostat Punca Ramai Lelaki Kencing Tak Lawas

Pernah jadi tak pada korang nak kencing tapi bila kencing keluar setitis dua saja? Rasa tak puas dan perlu berulang kali ke tandas untuk buang air kecil. Itu maknanya kencing tak lawas.

Kencing tak lawas ini boleh jadi punca kepada kencing kotor dan akan melarat jika tidak dirawat dengan segera. 

Bagi lelaki ia juga boleh jadi punca kepada penyakit bengkak prostat. Ngeri tau kalau ada penyakit ini. So berwaspadalah.

APAKAH PUNCA LELAKI TIDAK PUAS MEMBUANG AIR KECIL?




FAKTOR PENUAAN

Semakin berusia punci kencing kita semakin lemah dan mengakibatkan kencing tak lawas. Kencing ini boleh jadi sekerap yang mungkin.

FAKTOR JANTINA

Kencing tak lawas ini kerap terjadi pada wanita. Semakin berusia semakin kerap jadinya. Yelah, faktor kehamilan, beranak boleh jadi puncanya. Tetapi ia boleh jadi pada lelaki yang mempunyai masalah kalenjar prostat.

Baca ini juga : Tips Cegah Kencing Kotor

Ia boleh jadi punca atau petanda kepada penyakit tertentu seperti :

  1. Pembengkakan kalenjar prostat
  2. Jangkitan kuman disaluran kencing
  3. Jangkitan di kalenjar prostat
  4. Batu karang
  5. Pundi kencing lemah dan tidak stabil
  6. Kanser prostat
  7. Kanser pundi kencing
  8. Penyakit saraf
Sekiranya anda kerap alami kencing tak lawas segera berjumpa doktor untuk test urin takut ada jangkitan kuman @ petanda kepada masalah kesihatan yang lain.


RISIKO DAN KOMPLIKASI DARI KENCING TAK LAWAS

Pelbagai masalah boleh jadi bila kencing tak lawas tak dirawat dan dibiarkan berlarutan.

RUAM DAN MASALAH KULIT

Boleh jadi ruam dikawasan kulit anu atau kemaluan kita kerana kulit sentiasa lembap. 

JANGKITAN SALUR KENCING

Jangkitan salur kencing boleh berlaku bila pundi air kencing tidak dapat dikosongkan. Jangkitan bakteria boleh berlaku dan menyebabkan kesakitan di bahagian ari-ari, sakit semasa kencing dan juga berlaku perubahan pada urin - berbau busuk dan keruh.

MASALAH RETENSI AIR KENCING

Kencing tak lawas ini berlarutan menyebabkan pesakit tidak dapat membuang air kencing langsung. Jika ini berlaku ia akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Rawatan dilakukan dengan memasukkan tiub utk memudahkan pesakit membuang air kecil.

BATU KARANG

Bila terjadi batu karang ini, berisiko pesakit akan melalui kencing berdarah. Bila kencing keluar bersama darah, sakit dibahagian ari-ari jugak

LANGKAH PENCEGAHAN KENCING TAK LAWAS

  1. Bila terasa nak membuang air kecil segera ke tandas jangan tahan.
  2. Minum air kosong dengan banyak.
  3. Amalkan makanan sihat. Lebihkan sayuran dan buahan, kurangkan minyak dan makanan berlemak.
  4. Jaga kebersihan diri
  5. Elakkan makan dan minum yg mengakibatkan iritasi pundi kencing seperti minuman berkafien.
  6. Kekalkan berat badan ideal
  7. Berjumpa doktor segera jika alami tanda-tanda kencing tak lawas.

CADANG NUTRISI UNTUK KECING TAK LAWAS


ALFALFA COMPLEX - Mempunyai sumber serat yang membantu proses penghadaman dan perlawasan pembuangan. Kurangkan bengkak air dan kawal kandungan air dalam badan.

GARLIC COMPLEX - Garlic ini adalah antibiotik semulajadi. Ia bersifat antibakteria, antikulat. Jadi ia membantu mencegah jangkitan kulat, kuman pada salur kencing.

PEPPERMINT GINGER - Membantu sistem penghadaman, buang angin yang berlebihan dalam usus. Daun pudina dan halia digunakan secara tradisional dalam merawat IBS (SINDROM GANGGUAN USUS)

 ====≠=======≠=========≠!==!=========

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan produk shaklee atau untuk buat oder disini 012-4249148 @ klik saja sini www.wasap.my/60124249148

Saya pengedar shaklee area padang serai.
Cod : Padang Serai, Kulim, Tasek Gelugor
Postage : all over the world.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil