Cara Hilangkan Parut Chickenpox Supaya Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri

Kalau sebut ja chickenpox pasti ingat kanak-kanak ja yang kena jangkitan yang dewasa ini tak ada yang kena. Silap tau, yang dewasa nih bila kena memang parahla..parut merata nanti.

Bila sebut parut seriaulakan..yelah parut jerawat pun susah nak hilangkan chickenpox yang seluruh badan bila kena. So jom kita tengok apa itu chickenpox sebenarnya.


APA ITU CHICKENPOX?

Chickenpox ini dikenali sebagai cacar air, bertih. Ikut dialek di daerah masing-masing. Ia disebabkan oleh virus vericella dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada kanak-kanak tetapi lebih serius jika dewasa. Rebakan jangkitan ini biasa melalui bahan tercemar dengan cacar air seperti kain tuala, baju dan lain-lain. Ia juga berjangkit daripada sentuhan.

Pesakit cacar air ini boleh menyebarkan virus sehingga 48jam sehingga ruam timbul dan boleh terus menjangkiti orang lain. Sampai satu masa ia kering dan berkuping.

Sumber : Myhealth.gov

Bila kena chickenpox ini perkara yang paling ditakuti adalah PARUT. Hari ini sue nak kongsikan cara hilangkan parut dengan berkesan.


CARA HILANGKAN PARUT CHICKENPOX DENGAN BERKESAN.

1. VITAMIN E

Vitamin E baik untuk kulit kerana ia memiliki antioksidan yang tinggi untuk proses pembaikkan kulit. Antioksidan ini membantu melindungi kulit daripada radikal bebas, bakteria, ancaman persekitaran yang boleh merosakkan kulit dan kolagen. Sebaiknya ambillah vitamin e dari sumber semulajadi dengan selenium.

2. AIR KELAPA

Air kelapa banyak kandungan vitamin, nutrien dan zat yang bagus pada kesihatan kita. Ia kaya dengan magnesium, potassium, fosforus, kalsium dan lain-lain mineral. Dalam air kelapa terdapat aaid laurik dan sitokina yang sangat baik untuk perbaiki masalah kulit seperti parut, kedutan kulit kering dan sebagainya.

Sitokina ini membantu menggalakkan pertumbuhan sel dan keseimbangan pH. Air kepala juga bersifat antiviral, antimicrobal dan antifungal yang membantu menyembuhkan kulit berparut dan kawan terbentuk disebabkan chickenpox.

3. JUS LEMON

Lemon kaya dengan vitamin c. Vitamin c mampu membantu penghasilan kolagen yang penting untuk pembaikkan kulit. Jus lemon ini membantu memudarkan parut dengan membuat masker pada setiap malam.

4. MADU

Madu pelembap semulajadi yang terbaik. Ia terkenal juga dengan sumber nutrien yang mampu memberi manfaat yang baik pada kesihatan tubuh kita.

Nutrien yang terdapat dalam madu membantu penghasilan sel kulit baru dengan menyingkirkan sel kulit mati.

Itu antara bahan smeulajadi yang mampu anda gunakan untuk menghilangkan parut chickenpox. Disamping amalkan cara tradisional ni, boleh juga anda amalkan pengambilan supplemen.

Sue kongsikan cerita Encik Zamri Rosli yang alami chickenpox dan meninggalkan parut yang cukup teruk diseluruh badan beliau. Jom baca kisah beliau dan bagaimana beliau atasi maslaah parut yang dialaminya.


PARUT DEGIL CHICKEN POX HILANG DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE 

Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.

Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena  di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya. 

Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu.Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja. Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya.. boleh nangis ooo.. Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini  akan mengambil masa  hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang

Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok. 

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.

Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum. 

Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. "uihhh cepat kering cacar you boss" apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..

Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex.. saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni. Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.

So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..

Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya.. so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).

Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.

Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat parut jerawat apala sangat kan. Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!

Oh ya, isteri saya cakap nanti nak saya cuba VIVIX pulak, nak bagi kulit wajah saya jadi lagi licin gebu halus mulus flawless awet muda katanya.. tak sabar nak cuba VIVIX sebab Vivix ni kata isteri saya produk no 1 Shaklee, kualiti terbaik setanding harganya. 

Inilah kisah #SHAKLEE EFFECT saya.

Sekian, terima Kasih





Alhamdulillah dengan konsisten ESP, VITAMIN C DAN VITAMIN E parut hilang sepenuhnya. Memang bukan mudah tapi kena konsisten makan in shaa allah boleh membantu anda.

Jadi anda yang sedang alami masalah boleh mencuba cara-cara yang sue kongsikan dan juga memcuba produk shaklee yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh dan kulit anda.

Nak dapatkan produk shaklee boleh hubungi saya disini 012-4249148 @ klik saja www.wasap.my/60124249148

Atau boleh buat belian terus dengan klik esell dibawah


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil