KENALI PENGASAS SHAKLEE DR. FORREST C.SHAKLEE


SIAPAKAH PENGASAS SHAKLEE INI??

ASSALAMUALAIKUM............


Hai.... hari saya nak sharing tentang latar belakang shaklee... terutamanya tentang pengasas shaklee iaitu orang yang bertanggungjawap membawa shaklee ke persada dunia dan menjadi vitamin yang terbaik di dunia.






Dr. Forrest C.Shaklee ini merupakan pengasas Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan semulajadi boleh digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan  manusia. Falsafah yang beliau pegang adalah " LIVING IN HARMONY WITH NATURE"

Berpegang dengan prinsip tersebut beliau telah mengasas produk suppliment semulajadi dan pencuci terbaik dan mesra alam. Produk yang menjadi asas pembentukkan syarikat shaklee dengan konsep "CIPTAKAN KEHIDUPAN LEBIH BAIK".

LATAR BELAKANG DR.FORREST C.SHAKLEE

Dr. Forrest Clell Shaklee ini dilahir ada pada bulan NOVEMBER di CARLISLE. Sewaktu beliau dilahirkan, doktor telah mengesahkan beliau ada penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudiannya meramal beliau hanya boleh hidup selama 8 tahun sahaja.

Disebabkan penyakit yang beliau alami, keluarga beliau membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles ( kawasan arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk penyakit batuk kering ini adalah udara yang bersih dan segar serta berehat yang cukup.

Pada zaman kanak-kanak beliau banyak menghabiskan masa dengan berehat dan memerhati serta mengamati alam sekitar. Apabila beliau meningkat remaja, doktor amat berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan bahawa penyakit beliau terkawal. Walaubagaimanapun beliau tidak berpuas hati, beliau ingin sihat macam remaja lain.

Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner

Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa dengan membaca tulisan dan falsafah Benarr MacFadden dalam majalah "Physical Magazine" yang banyak mengatakan bahawa dadah"ubat" hanya menutup simptom tanpa mengubati penyakit. Beliau tahu dengan pemerhatiannya terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau berminat dengan science ofchiropractic.

Forrest shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School Of Chiropractic yang diketuai oleh B.J Palmer.Walaupun beliau mengagumi Palmer tetapi beliau kurang setuju dengan pendapat Palmer bahawa Ochiropractic adalah satu-satunya untuk merawat fizikal sahaja. Beliau percaya perlunya ada sistem menyeluruh untuk memelihara kesihatan menyeluruh.

Langkah Pertama Sebagai Nutrionist.

Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.

SHAKLEE VITAMIN

Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripadachiropractors, malah osteopaths,internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

Dr.Forrest Shaklee Diuji Dengan Kanser

Disamping menguruskan pusat rawatan beliau, Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.

Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.

Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’. Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semulajadi.

Dr.Forrest Shaklee Melawan Kanser Secara Semulajadi

Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suppliment dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positif dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.

Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.

Bermulanya Bisnes Suppliment Dr. Shaklee

Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan  (suppliment) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.

Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.

Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.

Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan mendapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistrydi California Chiropractic College.

Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).

Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.


Penubuhan Shaklee Corporation

Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan suppliment. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suppliment.

Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan supppliment terlebih dahulu. Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suppliment Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suppliment menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.

DAHULU

Image result for shaklee corporation

KINI

Image result for shaklee corporation

INI ADALAH PRODUK SHAKLEE

Image result for HOME CARE SHAKLEE











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil