Faktor Terjadinya Obesiti

Setiap wanita dan lelaki semestinya tidak mahu badan yang gmuk dan tergolong dalam golongan obesiti.

Apa yang korang tahu tentang gemuk dan obesiti??

Obesiti ini bermaksud lemak yang berlebihan dalam badan sehingga boleh menyebabkan risiko kencing manis, darah tinggi, penyakig jantung, boleh juga menjurus kepada kanser breast or prostat dan penyakit kronik yang lain.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan terjadinya keadaan ini.
Ini antara faktornya:

1. Tidak bersenam/aktif
👉Jika kita tidak bersenam or lakukan aktiviti yang boleh membakar kalori, kalori itu akan berkumpul dan menjadi lemak. Jika tidak aktif kadar metabolisma badan juga akan menurun dan sekaligus boleh menyebabkan obesiti.

2. Genetik
👉faktor ini berlaku mungkin disebabkan ketika seorang ibu yang obesiti sedang hamil, unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

3. Pola pemakanan berlebihan @ diet yang tidak sihat.
👉Pengambilan makanan yang berkalori tinggi, tidak mengambil makanan, minum air manis dan berkarbonat, makan makanan segera adalah penyumbang besar kepada obesiti.

4. Budaya Makan Malam
👉Salah satu punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam. Restoran yang dibuka 24 jam telah menikmati ramai orang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.

Namun,kadar metabolisme kita renda pada waktu malam dan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.

Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

Bahaya dan kesan obesiti pada individu.
Obesiti sangat memberi kesan yang buruk pada individu yang alaminya.

Bukan saja sush untuk alukan apa jua kerja tetapi boleh memberi kesanburuk pada kesihatan.

Kesan buruk pada kesihatan akibat obeisiti:

✔ Kolesterol yang tinggi
✔ Diabetes
✔ Jantung
✔ Stroke
✔ Kanser - payudara, rahim, kolon, prostat.
✔ Tekanan darah tinggi
✔  Kemurungan
✔ Masalah kesuburan
✔ Kemurungan
✔ Pemyakit hati berlemak dimana lemak boleh terbina dalam hati dan noleh menyebabkan keradangan
✔ Osteoartritis
✔ Masalah kulit - penyembuhan luka yang lambat.
Individu yang beratnya 40% lebih dari sepatutnya mempunyai potensi 2 kali lebih dari individu biasa untuk meninggal awal.
So jom amalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan, selalu bersenam jaga utk kesihatan jantung dan juga kesihatan badan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil