Preeklampsia Ketika Hamil : Apa Kesannya?


Preeklampsia ini adalah gangguan yang terjadi semasa hamil dan selepas bersalin. Ia memberi kesan pada kedua-duanya sama ada ibu atau bayi. Gangguan ini 5-8% memberi kesan pada bayi.

Simptom preeklampsia termasuklah tekanan darah tinggi dan kencing kotor semasa 20 minggu kehamilan. Biasanya ia lebih kepada tekanan darah tinggi.

SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT PREEKLAMPSIA?
  1. Pertama kali jadi ibu.
  2. Seorang yang pernah alaminya semasa hamil
  3. Wanita yang lebih muda dari 20 tahun dan lebih tua umurnya dari 40 tahun.
  4. Wanita yang sememangnya mempunyai penyakit darah tinggi dan juga buah pinggang.
  5. Wanita yang gemuk dan mempunyai bmi lebih 30.
  6. Wanita yang hamil kembar

GEJALA PREEKLAMPSIA

Gejala yang mungkin menunjukkan ibu alami masalah preeklampsia ini adalah :

  1. Sakit kepala
  2. Pening dan muntah-muntah
  3. Sakit perut
  4. Sesak nafas
  5. Loya
  6. Sakit dada macam terbakar
  7. Gangguan penglihatan (kabur,  sensitif dengan cahaya) 

Boleh baca artikel sue Diabetis Ketika Hamil

KESAN PREEKLAMPSIA PADA IBU

Preeklampsia ini boleh memberi kesan yang sangat teruk pada ibu iaitu:

  1. Membuatkan tekanan darah naik mendadak dan boleh menyebabkan kecederaan pada otak
  2. Boleh menjejaskan fungsi buah pinggang dan hati. 
  3. Menyebabkan masalah pembekuan darah
  4. Edema pulmonari
  5. Sawan
  6. Kematian jika tidak dirawat. 

Preeklampsia ini bahaya apabila terjadinya komplikasi sewaktu melahirkan atau mengandung. Ia boleh membahayakan ibu dan juga bayi.  Tetapi ada juga yang selamat dan sembuh selepas bersalin.

KESAN PREEKLAMPSIA PADA BAYI

Preeklampsia ini menyebabkan saluran plesenta ibu yang menyalurkan oksigen serta nutrisi pada bayi menjadi sempit.  Keadaan ini boleh menyebabkan bayi :
  1. Lahir dengan berat tidak cukup
  2. Kelahiran pramatang
  3. Kematian
  4. Gangguan tumbesaran selepas kelahiran.

MACAM MANA CARA MENCEGAH PREEKLAMPSIA

Langkah pencegahan boleh dibuat oleh ibu untuk mencegah terjadinya preeklampsia sewaktu hamil. 
  1. Kurangkan pengambilan garam untuk mencegah terjadinya darah tinggi
  2. Kurangkan pengambilan fast food yang tinggi dengan garam juga lemak trans. 
  3. Lakukan senaman ibu hamil
  4. Buat regangan kaki untuk cegah edema
  5. Rehat secukupnya
  6. Minum air kosong 2-3 liter sehari mengikut keperluan air untuk badan kita. 
  7. Kurangkan pengambilan kafien
  8. Ambil makan tambahan untuk topup keperluan nutrisi harian kita.


Ini info yang boleh sue kongsikan dengan anda mengenai preeklampsia sewaktu hamil. Ia adalah masalah-masalah yang di alami oleh ibu hamil dan kesannya jika tidak dirawat segera. 

Jadi para ibu makanlah makanan yang berkhasiat untuk kita dan juga bayi yang dikandung.  Mereka perlukan untuk sihat.

Boleh baca artikel sue tentang nutrisi ibu hamil Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil

Moga info ini bermanfaat untuk anda. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil