Adakah kafien membahayakan ibu hamil dan kandungannya?

Adakah kafien membahayakan ibu hamil dan kandungannya?


Anemia adalah masalah biasa yang dialami oleh ibu hamil. Biasanya bila didiagnos hb low or anemia, ibu akan disoal makan vitamin tak, makan makanan yang berzat tak dan ada ambil makanan atau minuman berkafien tak. Ini kerana kafien menghalang zat makanan termasuk zat besi.

Kafien bukan sahaja menyebabkan ibu jadi anemia tetapi kesannya lebih banyak. Ia boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.

ANTARA MAKANAN DAN MINUMAN YANG MEMPUNYAI KAFIEN
  1. Minuman bersoda
  2. Coklat
  3. Ubat tahan sakit
  4. Sesetengah kekacang
  5. Minuman penambah tenaga
Itu antaranya yang sue tahu. Mungkin banyak lagi makanan berkafien. Biasanya bila berkait dengan coklat atau kopi pastinya ada kafien.

KESAN KAFIEN TERHADAP KANDUNGAN

Kafien ini sejenis stimulan. Stimulan ini adalah bahan kimia yang meningkatkan aktiviti otak. Jika di ambil pada kadar yang rendah ia tidak membahayakan ibu dan bayi. Tetapi kandungan kafien yang berlebihan dalam darah ibu boleh membahayakan ibu dan juga kandungannya malah boleh mengundang maut.

Ibu hamil disarankan mengambil kafien tidak melebihi 200mg sehari iaitu bersamaan 12oz kopi atau 30oz tea.

Ada kajian diterbitkan oleh Amerika Journal of Obstetric & Gynaecology pada tahun 2008, pakar epidemiologi dari Kaiser Permanente Division Of Research di California mengatakan bahawa ibu hamil yang ambil kafien lebih dari 200mg berisiko 2x ganda mengalami keguguran.

*Kredit To Dr.Fyda

Ia juga bersifat deuratik. Ia membuatkan ibu kerap membuang air dan ini akan menyebabkan badan kehilangan air yang banyak. Ia boleh menyebabkan dehidrasi pada ibu. 

Selain itu dikhuatiri juga ibu akan kehilangan vitamin yang diperlukan melalui urin. Keadaan itu boleh membahayakan ibu dan kandungan. 
Minum kopi atau tea juga boleh menyebabkan ketagihan, insomia dan juga sering sakit kepala. 

Terdapat bukti dan kajian mengatakan bahawa pengambilan kafien yang berterusan boleh memberi kesan secara langsung pada pertumbuhan bayi dan dikatakan juga bahawa ia boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit leukemia di kalangan anak-anak.


Sebaiknya jangan minum minuman berkafien atau soda selepas makan. Ambil minuman yang mempunyai khasiat tinggi seperti jus buahan, susu atau air kosong juga sudah memadai.

Entri next sue akan kongsi pengalaman sue hamil dan mempunyai hb low selepas sebulan pulun minum kopi.

Terima kasih kerana membaca entri sue. Moga perkongsian ini memberi manfaat pada anda semua.

Berminat nak cuba vitamin untuk ibu hamil shaklee boleh hubungi sue di sini 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil