Tanda-tanda Penyakit Gout



GOUT adalah sejenis artritis yang menyebabkan keradangan sendi secara tiba-tiba. Ia biasanya terjadi dalam sendi tunggal. Gout yang kronik boleh menjejas banyak sendi pada satu masa dan ia dikenali sebagai gout polyarticular.

Gout ini disebabkan oleh peningkatan asid urik dalam badan dan badan anda bermasalah membuang asid urik atau kedua-duanya sekali.

Asid urik yang tinggi berpunca daripada tekanan darah tinggi, kencing manis, obesiti dan usia. Keradangan gout boleh menyebabkan bengkak, kemerahan, kepanasan, dan sakit yang teramat sangat.

Baca ini juga : 10 Langkah Yang Perlu Dibuat Apabila Diserang Gout

TANDA-TANDA GOUT

  • Sakit yang terlampau, kemerahan, bengkak, panas dan kaku pada sendi.
  • Demam gred rendah
  • Keradangan pada tisu sekeliling mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun ia disentuh dengan lembut.
  • 75% serangan pertama adalah pada ibu kaki. Walau bagaimana pun penyakit ini menyerang sendi-sendi lain seperti siku, lutut, pergelangan tangan, tulang belakang, tumit dan mata kaki.
Baca ini juga : Cara mencegah gout

Entri kali ini sue nak kongsikan cerita pesakit gout yang sembuh selepas amalkan beberapa supplemen di samping penjagaan makan yamg betul. Jom baca kisah beliau.


SAKIT GOUT SUAMI SEMAKIN PULIH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE
.
Assalamualaikum wbt
Saya Asfa Norain Masri. Saya doakan semoga anda sihat selalu. Saya ingin berkongsi dengan anda semua shaklee effect suami saya selepas amalkan pengambilan vitamin shaklee
.
Suami saya selalu mengadu sakit di bahagian ibu jari kaki dan buku lali sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit setiap kali sakit. Itulah ubat yang mudah didapati. Paling menyedihkan sakitnya semakin teruk semakin bengkak seolah-olah dicucuk seluruh bahagian kaki. Bayangkan kalau kita yang terpelecok kaki atau sakit tumit setiap kali jalan.  
.
Aduh pasti bisa sekali. Sakitnya tiada tertanggung. Itulah yang suami saya rasakan. Setiap kali itulah apabila pergi ke klinik mesti suami request kepada doktor untuk mengambil suntikan. Doktor menyarankan untuk membalut kaki dan menyapukan krim bagi mengurangkan masalah keradangan bengkak yang dialami.
.
Hari berganti hari sakit suami saya semakin kerap menyerang kembali dan suntikan tahan sakit itulah pilihan terbaik dan menjadi rutin apabila suami saya sakit. Kesian memgenangkan suami selalu menahan sakit ketika bekerja. Pekerjaan suami saya memerlukan untuk memakai safety boot dan sentiasa berjalan. Pada mulanya kami menyangka suami mengalami masalah tulang retak. Suami pun membuat xray kaki di hospital. Doktor memberitahu tiada tanda keretakan dikedua kaki suami. Lega rasanya.
.
Memandangkan suami saya jenis yang aktif bersukan saya sarankan suami pergi berurut dengan pelbagai keistimewaan si tukang urut urat dan urut betulkan ibu jari kaki yang bengkak. Sakitnya masa diurut hanya suami saya yang lebih mengerti. Jeritan suami masa diurut memilukan hati saya. 
.
Boleh dikatakan hampir setiap bulan sakit itu berulang semula acapkali suami saya tersilap makan dan minum. Suami sering mengadu kaki terasa sangat berbisa sekali apabila cuba berjalan. Sebak saya melihat suami berjalan terhencut-hencut. Ada ketika sehingga terpaksa papah dinding. Ada masanya suami saya tidak tahan menahan sakit apabila menyerang secara tiba-tiba tanpa mengira masa. Suami cakap makan ubat apa pun dah tak ada kesan
.
Suami saya sering menyangkal apabila saya mengatakan mungkinkah penyakit gaut. Takkan di usia 30 an sudah mempunyai masalah gaut. Akhirnya kami sepakat untuk membuat pemeriksaan darah. Saat menanti keputusan ujian darah suami rasa berdebar. Jeng jeng.. Doktor menjelaskan keputusan darah suami saya dan ia jelas menunjukkan paras asid urik yang agak tinggi di dalam darah lantas mengesahkan penyakit gaut. 
.
Selepas mengetahui penyakit yang menghantui suami saya selama beberapa tahun ini kami cuba berikhtiar dengan pelbagai jenis ubat dan jus yang boleh membantu mengurangkan sakit. Namun tiada hasil. Malah suami juga mengamalkan pelbagai petua bagi mengurangkan sakit. Tetap tidak berkesan. Sedih sakit itu tidak pernah berkurangan
.
Alhamdulillah..akhirnya dengan izin dari Allah yang Maha Penyembuh kesihatan suami saya semakin berkurangan dari hari ke hari setelah konsisten mengambil supplement shaklee. Suami saya mengambil Vivix Alfalfa Omega Herbalax dan Lecithin secara konsisten setiap hari. Saya sering mengingatkan suami untuk kurangkan pengambilan minuman bergula dan banyakkan pengambilan air kosong.
.
Pengambilan vitamin ini membantu mengurangkan masalah keradangan bisa bengkak gaut yang dialami suami saya.
Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
Membantu mengurangkan masalah keradangan bengkak disebabkan masalah gaut
Membantu melawaskan pembuangan usus dan kencing
Membantu mengurangkan risiko batu karang dan memperbaiki kesihatan buah pinggang
.
Sekarang suami saya tiada lagi sakit setiap bulan seperti dahulu. Kini tiada lagi suntikan. Saya rasa bersyukur sangat. Paling penting pengambilan makanan yang tinggi purin harus dikurangkan bagi menjaga kesihatan. Sehingga sekarang  suami masih lagi amalkan pengambilan vitamin Set Detox terdiri dari Herbalax Alfalfa dan Lecithin bagi menyingkirkan toksin berlebihan di dalam badan sekaligus meningkatkan kesihatan fungsi sendi. Terima kasih shaklee. Alhamdulillah.


Alhamdulillah suami beliau semakin sihat dan sembuh dari penyakit gout yang dialami beliau bertahun lamanya. Kita berikthiar penyembuhnya hanya dia. Jadi ikthiar dan doa perlu seiring.

Baca ini juga : Makanan Yang dilarang untuk pesakit gout

Di sini sue serta juga beberapa testimoni pesakit gout yang lain.





Jika anda menghidapi penyakit gout yang bertahun dah dok tahan boleh mencuba supplemen shaklee untuk atasi masalah asid urik yang tinggi dalam badan. In shaa allah boleh membantu anda.

Anda berminat boleh hubungi saya di sini :

Suzana Idris
Contact : 012-4249148 @ klik ja sini www.wasap.my/60124249148
FB : Suzana Idris

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil