Resepi Kuih Pelita atau Tepung Pelita

Resepi Kuih Pelita atau Tepung Pelita

Disebabkan ramai yang bertanyakan resepi tepung pelita kami. So kami kongsikan resepinya. Korang boleh buat untuk jualan atau makan sendiri.

Bahan pertama :

Sediakan bekas kecik dalam 70  butir.
Susun kemudian masukkan gula sesudu kecik di dalam setiap bekas kecik tadi.


Sediakan mug atau cawan untuk sukat bahan2 adunan kuih.

Sukat air kosong sebanyak 6 mug,masukkan dalam periuk dan didihkan atas dapur.

Bahan adunan kuih :
1) Daun pandan - 5-7 helai
2) Tepung beras
3) Air kapur

Cara-cara :

1) Masuk Air 2 mug ke dalam blender dan potong daun pandan, kemudian blend hingga lumat. Tuang ke dalam jug atau bekas. Tapiskan hampasnya tau.

2) Sukat tepung 2 mug yang guna untuk sukat air tadi. Masukkan dalam air padan tadi.

3) Sukat air kapur 2 mug dan masukkan ke dalam air pandan yang di campur tepung tadi. Kacau sebati semua.

4) Masukkan tepung yang dikacau sebati di dalam air yang dididih awal tadi. Kacau hingga masak. Jika tepung kurang keras masukkan air tepung beras di bancuh bersama air kosong sedikit.

5) Bila masak, masukkan 1 senduk kecik ke dalam bekas yang di masukkan gula sesudu tadi. Perlu cepat kalau tak ia keras. Kiranya separuh bekas sahaja tepung ini.


Bahan adunan santan :

1. Santan
2. Gula
3. Garam
4. Tepung beras
5. Air kosong

Cara-cara :

1) Sukat santan 5 mug setengah, masukkan dalam jug

2) Sukat air kosong sebanyak 6 mug, masukkan dalam santan tadi

3) Sukat tepung beras 2 mug setengah masukkan dalam santan tadi dan kacau hingga sebati. Jangan biarkan tepung berketul-ketul.

4) Masukkan garam 3 sudu kecik, dan gula 22 sudu makan. Yang ini ikut citarasa sendiri, nak manis tambah lagi gula. Tapi sukatan ini dah memadai.

5) Kemudian masakkan santan hingga masak dan pekat. Kena kacau selalu jangan tinggal kalau tak nanti berketul-ketul.

6) Jika nampak santan tadi tidak pekat atau sejuknya tidak beku tambahkan tepung yg dikacau dgn air sedikit.

7) Masukkan dalam bekas yang telah di isi adunan tepung tadi. Biarkan ia sejuk dan boleh makan.


Dah siap.. Bila sejuk masukkan dalam peti ais memang sedap sangat makan. Ini tepung pelita versi kelantan tau. So memang manis sedikit. Nak kurang manis, kurangkan gula.

Adunan ini untuk 70 butir tepung pelita. Nak buat sedikit sukat mug kecik atau cawan dengan separuh sukatan di atas.

Contoh kalau adunan ini guna tepung 2 mug. Korang sukat 1 mug atau cawan. Sukatan semua ikut cawan yang sama okey.

Semoga berjaya.

*******************************

Korang yang sedang mencari supplemen shaklee untuk kesihatan, kecantikkan atau pun skincare boleh hubungi saya

Suzana idris
012.4249148

@ klik saja link dibawah
www.wasap.my/60124249148


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan Yang Boleh Membantu Pesakit Tibi Lebih Sihat

Jenis-jenis Penyakit Tibi

Cara Untuk Kecutkan Bengkak Tonsil